UTAMA | KOLEJ KEENAM

Peraturan pakaian pelajar yang ditetapkan oleh Universiti Putra Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Semua pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia. Selaku bakal para intelek negara, pelajar perlulah sentiasa mengamalkan pemakaian pakaian yang bersih, kemas dan bersopan semasa berada di kampus.

  2. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan mereka dan memakai penutup muka.

  3. Pelajar hendaklah patuh kepada semua arahan dan amalan pakaian yang dikuatkuasakan oleh fakulti
    /pusat /bahagian terutama di makmal, di ladang, semasa berurusan dengan pegawai universiti dan juga
    semasa menjalani latihan amali /mengajar dan sebagainya.

  4. Pelajar lelaki yang berambut pendek sahaja akan dibenar mendaftarkan diri. Sesiapa yang didapati tidak mematuhi peraturan rambut pendek adalah disifatkan sebagai melanggar peraturan universiti. Pelajar juga dilarang mewarnakan rambut mereka, selain daripada warna asal rambut.

  5. Peraturan Pakaian Pelajar

    1. Pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai sebagai seorang pelajar universiti dengan menunjukkan kekemasan, kerapian, keceriaan dan kesopanan dalam berpakaian.

    2. Pelajar diwajibkan berpakaian sopan (baju kemeja, T-berkolar, berkasut, berseluar panjang, berskirt panjang di bawah paras lutut).

    3. Pelajar tidak dibenarkan berpakaian yang ketat dan mempamerkan susuk tubuh, mendedahkan tubuh badan, menjolok mata dan memakai penutup muka (berskirt di atas paras lutut atau berseluar pendek, berbaju T tanpa kolar, berbaju tanpa lengan, berseluar/berskirt ketat, berselipar, berpurdah, berseluar jeans lusuh, bertindik bagi lelaki dan keterlaluan bagi perempuan) di tempat berikut:
      • Dewan Kuliah
      • Bilik Makmal
      • Pejabat Pentadbiran
      • Fakulti dan Pusat Pengajian
      • Perpustakaan
      • Pusat Kesihatan Universiti
      • Kolej Kediaman

    4. Semasa berurusan rasmi atau berada di dewan kuliah tidak dibenarkan memakai topi.

    5. Arahan pakaian ini tidak mengurangkan apa-apa arahan mengenai pakaian oleh mana-mana fakulti atau jabatan kepada pelajar masing-masing kerana tujuan-tujuan tertentu.

 

ETIKA PENAMPILAN PELAJAR

Pelajar adalah pelanggan kami. Pihak kami berhasrat memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda jika anda mematuhi etika penampilan pelajar. Anda tidak akan dilayan dan dinafikan perkhidmatan jika tidak mematuhi etika penampilan pelajar di semua Kaunter Perkhidmatan, Pejabat, Dewan Besar, Dewan Kuliah, Bilik Tutorial, Perpustakaan dan Makmal.

Anda hanya akan dilayan jika: Anda tidak akan dilayan jika
  1. Mempamerkan kad pelajar

  2. Berambut kemas dan rapi antaranya :
    • Berambut pendek bagi lelaki
    • Berambut rapi bagi perempuan

  3. Berpakaian kemas dan sopan antaranya :
    • Berbaju kemeja
    • Berbaju t-berkolar
    • Berbaju kurung
    • Berseluar panjang
    • Berskirt panjang di bawah paras lutut
    • Berkasut
  1. Tidak mempamerkan kad matrik.

  2. Berambut tidak kemas dan tidak rapi antaranya :
    • Berambut panjang bagi lelaki
    • Berambut mengerbang bagi perempuan
    • Mewarnakan rambut

  3. Berpakaian kurang sopan antaranya :
    • Mendedahkan tubuh badan
    • Berseluar pendek
    • Berseluar / skirt ketat
    • Berselipar / berkasut sandal
    • Bertindik bagi lelaki

SENARAI STAF KOLEJ KEENAM

Pengetua - Prof. Madya Dr. Mohamad Azani bin Hj. Alias
Pengurus - Pn. Nurazlin binti Jaafar
Pembantu Tadbir (P/O) - Pn. Wahidah Abdul Wahab
Pembantu Tabdir (P/O) - Pn. Noorlida Kamarudin 
Pembantu Kemahiran - En. Amin Hiszeri Mohd Noor
Pembantu Operasi - En. Hamzah Sulaiman
Pembantu Operasi - En. Mohamad Zulkifli Abd Majid
Pembantu Awam - En. Uzairizdwan Baharom
Pembantu Awam - Pn. Norizzaty Jasmani

 

artikel
LAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI UPM
Lawatan Pengurusan Tertinggi UPM ke Kolej Keenam sempena Hari Pendaftaran Pelajar Baharu sesi 2018/2019
SLOT BERSAMA PENGETUA
PUTRA KEHIDUPAN
Artikel-artikel lain...
berita
PROGRAM PUTRA KOMUNITI IV
Program Putra Komuniti IV merupakan kesinambungan daripada Program Putra Komuniti III yang dijalankan pada semester kedua sesi 2017/2018 oleh Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Keenam di bawah Sekretariat Sukarelawan. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa di samping mengeratkan hubungan warga Kolej Keenam dengan warga sekolah SRA Sungai Ramal Dalam dan juga penduduk di sekitar Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor. Selain itu, program ini juga dapat menyemai semangat perpaduan yang jitu antara warga kolej, warga sekolah, serta masyarakat setempat. Melalui program ini, diharapkan dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kehidupan masyarakat serta dapat menggalakan mahasiswa untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan dan komuniti agar dapat membentuk diri menjadi lebih bertanggungjawab dan lebih prihatin pada masyarakat dan keadaan di sekeliling.
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: SPJOnline

aktiviti
;
Malam Tunas Budaya (MTB) 2018 | Mustika Sixtra (KC X K6)
;
FESFIK 2017 : DIARI MALIQUE
;
MALAM TUNAS BUDAYA 2017
;
Tesis (FESFIK)
ikuti kami
B1566362000