Warga Kolej Turun Padang Di SR AGAMA SG RAMAL DALAM | KOLEJ KEENAM
» NEWS » Warga Kolej Turun Padang di SR AGAMA SG RAMAL DALAM

Warga Kolej Turun Padang di SR AGAMA SG RAMAL DALAM

Serdang – Sekretariat Kesukarelawanan dengan kerjasama Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Keenam telah menganjurkan satu program komuniti di SR Agama Sg Ramal Dalam. Seramai 30 orang peserta telah melibatkan diri di dalam program ini yang telah dianjurkan selama dua hari iaitu pada 22 dan 23 April 2017.

Pada kali ini, warga Kolej Keenam dengan kerjasama pihak sekolah telah berjaya menyiapkan mural di pintu masuk utama sekolah, bilik rawatan serta perpustakaan. Perpustakaan di sekolah ini juga telah ditambah baik dengan menambah rak-rak buku serta buku yang bersesuaian untuk para pelajar di sekolah tersebut.

Majlis penutupan telah dilakukan oleh En Sharudin Sharani dan diiringi oleh Presiden Kolej Keenam, Muhamad Hafiz bin Abdul Kadir pada pukul 3 petang dengan kehadiran wakil PIBG serta guru dari SR Agama Sg Ramal Dalam. Program ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama warga kolej yang terlibat di dalam program kali ini.

Updated:: 08/05/2017 [azaidi]

MEDIA SHARING

KOLEJ KEENAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467377
0389467379
C1511184744