SECANGKIR MEMORI UKHWAH TERPATRI | KOLEJ KEENAM
» NEWS » SECANGKIR MEMORI UKHWAH TERPATRI

SECANGKIR MEMORI UKHWAH TERPATRI

Bangi, 12 Disember 2016 - Majlis makan malam rasmi Kolej Keenam merupakan suatu majlis tradisi kolej ini yang akan diadakan pada setiap tahun . Majlis ini lebih dikenali dalam kalangan warga Kolej Keenam sebagai Malam Mutiara Gemilang (MMG). Majlis ini telah diadakan semenjak Kolej Keenam ditubuhkan dan telah melahirkan ramai graduan yang gemilang serta berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi.

      Bertempat di Bangi Golf Resort (11 Disember 2016) dengan tema gold and elegant para pelajar tahun akhir telah disambut dengan begitu meriah dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof. Dato’ Dr. Shatar Sabran serta isteri. MMG turut diserikan dengan beberapa persembahan nyanyian serta tarian dari warga Kolej Keenam sendiri.

      Kemuncak MMG telah berlangsung dengan penyampaian anugerah kepada pelajar tahun akhir yang telah memberikan khidmat serta bakti kepada Kolej Keenam sehingga berjaya menaikkan nama kolej malah pada waktu yang sama cemerlang dalam bidang akademik juga. 

 

 

 

 

Updated:: 08/05/2017 [siti_aisya]

MEDIA SHARING

KOLEJ KEENAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467377
0389467379
C1511197567