PROGRAM JEMAAH BLOK: COLOURFUL SIXTRA | KOLEJ KEENAM
» NEWS » PROGRAM JEMAAH BLOK: COLOURFUL SIXTRA

PROGRAM JEMAAH BLOK: COLOURFUL SIXTRA

Serdang, 27 Oktober 2016 – Berlangsung selama 3 hari bermula pada 21 Oktober sehingga 23 Oktober 2016 yang bertempat di sekitar Kolej Keenam telah dianjurkan oleh Jemaah blok iaitu Blok Delima, Blok Cermai, Blok Keranji dan Blok Salak.

Program dimulakan dengan ceramah daripada tetamu jemputan iaitu Ustaz Suki diikuti dengan pelbagai sukaneka yang terdiri daripada indoor serta outdoor. Kesemua program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada warga kolej sendiri.

Malam penutup Colourful Sixtra telah diisi dengan persembahan bagi setiap blok Kolej Keenam iaitu Sajak, Nasyid serta Gimnastik. Malam ini turut diserikan dengan kehadiran Pengetua Kolej Keenam, Prof. Madya Dr. Hj. Jamaludin B. Hj. Ahmad, felo serta warga kolej sendiri.

Menariknya, makanan yang disediakan pada malam penutup adalah hasil rewang yang dilaksanakan bersama warga kolej. Program ini telah berjaya mengeratkan hubungan bukan sahaja di antara pihak pengurusan serta pelajar malah diantara warga blok itu sendiri. Syabas kepada Jemaah Blok yang telah berjaya melaksanakan program sebegini. 



Updated:: [siti_aisya]

MEDIA SHARING

KOLEJ KEENAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467377
0389467379
C1511197503