PIDATO PIALA PENGETUA KOLEJ KEENAM TERBUKA KALI KE-3 | KOLEJ KEENAM
» NEWS » PIDATO PIALA PENGETUA KOLEJ KEENAM TERBUKA KALI KE-3

PIDATO PIALA PENGETUA KOLEJ KEENAM TERBUKA KALI KE-3

Serdang, 21 November 2016 - Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Keenam di bawah Sekretariat Pembangunan Akademik dan Korporat dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Pidato Piala Pengetua Kolej Keenam Terbuka Kali Ke-3. Pertandingan ini bertujuan untuk melahirkan pelajar berpesonaliti tinggi melalui kemahiran komunikasi serta dapat menerapkan nilai-nilai pemikiran yang imaginatif dan inovatif melalui idea-idea serta hujah yang bernas.

      Diadakan selama dua hari pada 19 serta 20 November bertempat di Dewan Sri Pulasan serta bilik seminar Kolej Keenam. Para peserta perlu melalui 2 fasa sebelum berjaya menempatkan diri di peringkat akhir yang mengangkat tema “Kelestarian Alam Sekitar dan Kesihatan”. Johan pertandingan piala pidato ini telah berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM 300 beserta plak manakala tempat kedua sebanyak RM 200 dan ketiga RM 100.

        Menerusi pertandingan sebegini para peserta mampu mengorganisasikan ucapan yang akan dilakukan serta menyampaikan komunikasi secara teratur untuk mudah difahami. Hal ini sekaligus mampu meningkatkan keterampilan diri mahasiswa itu sendiri serta pada waktu yang sama dapat mengukuhkan hubungan silaturahim di antara kedua-dua pihak serta dapat memupuk semangat bekerjasama tidak mengenal agama, kaum dan bangsa.

 

 

 

 

 

Updated:: 08/05/2017 [siti_aisya]

MEDIA SHARING

KOLEJ KEENAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467377
0389467379
C1506125080