Peserta Olahraga Kolej Keenam Mendominasi Pertandingan | KOLEJ KEENAM
» NEWS » Peserta Olahraga Kolej Keenam Mendominasi Pertandingan

Peserta Olahraga Kolej Keenam Mendominasi Pertandingan

Serdang - Pengenalan kepada belutin sukan Kolej Keenam yang merupakan satu platform untuk olahraga sukol dengan mencari bakat baru dari kolej-kolej yang terlibat untuk mewakili UPM dalam acara olahraga. Olahraga Kolej Keenam telah berjaya mendapat Johan keseluruhan kategori lelaki dan tempat ke-3 kategori wanita yang telah diadakan pada 15 sehingga 16 April 2017 bertempat di Pusat Sukan UPM di mana ianya melibatkan 60 orang peserta yang terdiri daripada warga kolej sendiri.

Selain itu juga, anugerah olahragawan juga disandang oleh pelajar Kolej Keenam iaitu Jeevanthiran a/l Victor Ravintharan yang memperolehi 4 emas  dan 1 perak. Pemain terbaik bagi Kolej Kenam bagi perempuan pula, Khairunnadiah bt Khir yang memperolehi 3 emas dan 1 perak. Sukol olahraga merupakan program tahunan yang wajib dijalankan oleh Pusat Sukan dan di sertai oleh kesemua kolej-kolej dalam UPM.

Tahniah diucapkan kepada Sekretariat Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Keenam dalam menyokong serta turut melibatkan diri di dalam program ini pada semester ini.

Updated:: 03/07/2017 [azaidi]

MEDIA SHARING

KOLEJ KEENAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467377
0389467379
C1506365501