PASUKAN ENGLISH DRAMA KOLEJ KEENAM MENGGEGAR PANGGUNG PERCUBAAN UPM | KOLEJ KEENAM
» NEWS » PASUKAN ENGLISH DRAMA KOLEJ KEENAM MENGGEGAR PANGGUNG PERCUBAAN UPM

PASUKAN ENGLISH DRAMA KOLEJ KEENAM MENGGEGAR PANGGUNG PERCUBAAN UPM

Serdang – Tahniah diucapkan kepada pasukan English Drama Kolej Keenam kerana telah berjaya memenangi tempat Ke-2 keseluruhan serta pada waktu yang sama telah menerima dua anugerah iaitu Anugerah Skrip Terbaik serta Anugerah Publisiti Terbaik.

Pertandingan English Drama ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 18 March 2017 yang bertempat di Panggung Percubaan UPM. Hasil usaha pasukan English Drama Kolej Keenam telah membuahkan hasil kerana berjaya mendapatkan tempat bagi Top 3 keseluruhan.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Kolej Kedua pada kali ini telah menampilkan 17 kolej berentap untuk mendapatkan tempat bagi pertandingan pada kali ini tetapi berkat usaha dan sokongan padu warga kolej maka, Kolej Keenam telah berjaya mendapatkan tempat pada kali ini.

 

 

Updated:: 08/05/2017 [azaidi]

MEDIA SHARING

KOLEJ KEENAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467377
0389467379
C1511184571