KEM KEPEMIMPINAN MUDA (PEWARIS) | KOLEJ KEENAM
» NEWS » KEM KEPEMIMPINAN MUDA (PEWARIS)

KEM KEPEMIMPINAN MUDA (PEWARIS)

Serdang, 16 Januari 2017 - Kem Kepemimpinan Muda (PEWARIS) merupakan satu program yang bertujuan untuk mencungkil bakat kepemimpinan dalam kalangan pelajar. Membentuk serta memberikan pendedahan kepada para mahasiswa untuk menjadi seorang pemimpin. Seorang pemimpin yang baik bukan sekadar cemerlang dalam bidang akademik malah mereka perlu cemerlang dari aspek rohani dan sahsiah.

      Program yang akan dijalankan selama 5 hari dan 4 malam ini akan mengajar mahasiswa untuk berorganisasi dan berkredibiliti untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah. Modul-modul yang disusun akan melahirkan seorang pemimpin yang memiliki nilai etika yang tinggi serta menitikberatkan elemen Kemahiran Insaniah (KI). Aktiviti outdoor yang menguji ketajaman mental dan fizikal akan dilaksanakan selama 3 hari dan 2 hari lagi adalah aktiviti secara indoor yang meliputi ceramah, aktiviti berkumpulan dan sebagainya.

       Melalui program PEWARIS, mahasiswa dapat berorganisasi dan belajar memimpin dalam kumpulan dan berusaha mencari ikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam situasi tenang dan tekanan. Selain itu, program ini menghasilkan mahasiswa yang kuat dari segi mental dan fizikal yang mampu pelajar yang boleh mengenalpasti dan menganalisis serta membuat keputusan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

 

 

 

 

 

Updated:: 08/05/2017 [siti_aisya]

MEDIA SHARING

KOLEJ KEENAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467377
0389467379
C1511197595