DOMINASI PASUKAN BOLA SEPAK KOLEJ KEENAM DI SUKOL | KOLEJ KEENAM
» NEWS » DOMINASI PASUKAN BOLA SEPAK KOLEJ KEENAM DI SUKOL

DOMINASI PASUKAN BOLA SEPAK KOLEJ KEENAM DI SUKOL

Serdang, 16 Oktober – Perlawanan akhir bola sepak interkolej bagi sesi 2016/2017 telah berlangsung pada hari Jumaat, 14 Oktober 2016 di Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia. Kolej Keenam telah berjaya melayakkan diri sekaligus bertemu Kolej Tun Perak di dalam perlawanan ini.

Aksi yang mendebarkan antara kedua-dua buah pasukan telah membawa kepada kejuaran bagi pasukan bola sepak Kolej Keenam menerusi jaringan gol sebanyak tiga berbalas satu. Syabas diucapkan kepada pasukan Kolej Keenam yang berjaya mempamerkan aksi yang begitu memberangsangkan.

Kemenangan ini sekaligus menutup tirai bagi pertandinga bola sepak antara kolej bagi sesi 2016/2017. Tahniah diucapkan kepada Sekretariat Sukan dan Rekreasi serta kepada semua penyokong Kolej Keenam yang turun menyokong sewaktu perlawanan akhir berlangsung.



Updated:: [siti_aisya]

MEDIA SHARING

KOLEJ KEENAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467377
0389467379
C1511197529