BENGKEL PENYEMBELIHAN MENGERATKAN HUBUNGAN WARGA KOLEJ KEENAM | KOLEJ KEENAM
» NEWS » BENGKEL PENYEMBELIHAN MENGERATKAN HUBUNGAN WARGA KOLEJ KEENAM

BENGKEL PENYEMBELIHAN MENGERATKAN HUBUNGAN WARGA KOLEJ KEENAM

Serdang, 24 Oktober 2016 - Sekretariat Perpaduan dan Keharmonian dengan kerjasama Jemaah Blok telah menganjurkan bengkel penyembelihan di bawah Program Colourful Sixtra . Bengkel ini telah berjaya memberikan pendedahan kepada pelajar Kolej Keenam mengenai cara-cara penyembelihan mengikut syariat yang ditetapkan. Di samping itu, amali penyembelihan juga dijalankan bagi mempraktikan ilmu yang telah diperolehi.

     Menerusi program sebegini ianya mampu membantu memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya aktiviti amali penyembelihan ini dan pelajar sentiasa mengamalkan sikap beretika dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat. Sebanyak 5 ekor ayam yang masih hidup digunakan bagi amali penyembelihan manakala yang selebihnya telah siap disembelih di mana ke semua ayam-ayam tersebut telah digunakan bagi jamuan untuk malam penutup program Colourful Sixtra. Akhir sekali, bengkel ini telah berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara penghuni Kolej Keenam.

 


Updated:: [siti_aisya]

MEDIA SHARING

KOLEJ KEENAM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467377
0389467379
C1506125022